Kita selalu diingatkan tentang pentingnya minum air dalam jumlah yang cukup, Lebih kurang lapan gelas sehari. Lagi pula minum air suam sebenarnya boleh memberi manfaat jika dilakukan secara rutin. Dalam perubatan Cina dan India kuno mempercayai bahawa memulakan hari dengan segelas air suam boleh melancarkan sistem penghadamann dan memberi beberapa manfaat kesihatan. Kajian menemukan air suam bolehmelancarkan hidung tersumbat dan membuat kita merasa lebih tenang. Jom tengok 10 kebaikannya untuk badan : 1. MELANCARKAN SISTEM PENGHADAMAN Melancarkan sistem penghadaman, minum air suam dipercayai mampu melegakan dan mengaktifkan saluran penghadaman. Sebabnya organ pencernaan akan terhidrasi lebih baik dan mampu membuang makanan dengan lebih cepat seiring dengan mengalirnya air suam melalui perut dan usus. Selain itu, air suam bertindak melancarkan sistem penghadaman itu sendiri. 2. MERAWAT SEMBELIT Salah satu masalah perut yang sering dialami kerana kurangnya air ...